It Wasn’t A Sequel To Begin With
November 29, 2012 – 18:32 | No Comment

My 3rd novel wasn’t meant to be a sequel to the 2nd novel in the first place. Then something happened. Characters began to beg to be included in the story. Thus, a sequel was born.

Read the full story »
Personal Leisure

I may be a workaholic but I have a life too. When I discover new things that are not work-related, here’s where I share them with you. It could be reviews, game tips or even just ramblings.

Creative Writings

Writing is a vast field. If you love poems, stories, dramas, articles – just any form of writings at all, then this corner is perfect for you. There are some writing tips too!

Media & Arts

Are you a web/graphic designer? An artist? A photographer? A creator? Then this section is exclusive for you. Discover tips on how to improve your craft and further expand your career in the field.

Freebies/Downloads

Good things are meant to be shared – all the time. If you love good things that come for free, then you’ll love the gems in this sack. It’s commercial free too!

Freelance & Business

I am a fulltime freelancer. And I have a lot to share. So if you are into freelancing and business in general, here are some info nuggets and interesting insights you may want to check out.

Home » Creative Writings, Malay Groove, Stories

Di Dusun Datuk

Submitted by on August 28, 2009 – 20:40No Comment

“Jemputlah datang ke dusun datuk saya malam ini. Kami sama-sama tunggu durian gugur nanti. Sambil itu, bolehlah makan sepuas-puasnya. Tapi ingat, minta izin ibu bapa dulu,” kata saya apabila saya dan rakan-rakan tiba di simpang jalan. “Kalau ibu bapa kata boleh, barulah kau orang datang.”

Selepas itu, kami bersurai. Masing-masing pulang ke rumah. Saya mengayuh basikal menuju ke rumah sambil bersilu-siul. Peralatan yang hendak dibawa pada malam ini sudah disediakan. Saya bercadang untuk mengenakan mereka.

Di dusun pada malam itu, pondok durian diterangi lampu pelita. Saya dan rakan-rakan sibuk menyediakan tempat tidur. Apabila terdengar bunyi ‘Buk! Buk!’, Ah Meng dan Ah Seng akan bergegas keluar mencari durian gugur. Siapa yang dapat dulu, dialah yang dapat makan.

Semasa rakan-rakan saya mengutip durian, saya memberitahu rancangan saya kepada Alim. Saya memilih Alim kerana dia seorang penakut. Hatinya lembut bagai pucuk pisang didiang. Entah-entah kalau ditakutkan, Alim akan pengsan.

Seperti yang dirancangkan, kami semua berkumpul. Ah Meng dan Ah Seng sedang membersihkan sisa durian yang kami baru menjamu. Kedengaran keluhan Raju menyatakan betapa bosannya terperuk di pondok. Saya mengambil kesempatan itu untuk menjalankan rancangan saya.

“Apa kata kami main satu permainan? Usahlah kita membuang masa. Sambil itu, permainan ini akan menghindari kami daripada mengantuk. Kalau tertidur nanti, susah lah kami esok pagi,” jelas saya dengan panjang lebar.

“Permainan apa? Kejar-kejar ke?” tanya Raju.

“Takkan nak kejar-kejar di bawah pokok durian. Kena hantuk kang!” tambah Ah Seng. Alim tersenyum mendengar cadangan Raju.

“Tak, permainan ‘Lihat Hantu’ namanya,” Alim menjawab, “Saya akan menolong dalam permainan ini. Oleh itu, hanya kamu bertiga yang akan main.”

“Baiklah, saya nak main,” jawab ketiga-tiga rakan it serentak. Dari tadi lagi saya sudah bersedia untuk memulakan permainan itu. Saya meletakkan sebatang lilin dan sebiji piring di hadapan setiap orang. Kedengaran suara menanyakan kegunaan benda tersebut tetapi saya tetap diam seribu bahasa. Alim pula buat tak dengar saja. Saya mencapai dupa yang berisi bara lalu memasukkan beberapa ketul kemenyan.

“Malam ini, kami sama-sama lihat dalam cermin ini. Tengok ada hantu atau tidak,” kata saya sambil memegang cermin.

“Tak tahan lah bau kemenyan ni,” Ah Seng berkata sambil memincit hidungnya.

”Kemenyan ini hanya untuk menambahkan perasaan takut dan gelisah.” Memang bau kemenyan itu mengingatkan kami akan orang mati.

“Jangan buat apa-apa kecuali perkara yang Alim atau saya suruh,” pesan saya sebelum bermula.

“Mula-mula, isikan piring dengan air dan hidupkan lilin,” saya memberi arahan sambil mengarahkan Alim untuk memadamkan pelita. Semasa permainan itu dijalankan, Alim telah meminta mereka untuk menutup mata. Saya berpura-pura berkumat-kamit. Selepas itu, saya meminta mereka membuka mata dan asapkan bahagian bawah piring dengan lilin. Selepas itu, mereka disuruh menutup mata sekali lagi.

“Baiklah, saya mahu kamu basahkan dua jari kanan kamu dan sapu bahagian bawah piring. Kemudian, sapu jari tadi ke bahagian pipi kanan kamu,” kata saya. Kelihatan Ah Meng cuba untuk mengintai. “Mata kamu masih tidak boleh dibuka lagi,” saya berkeras.

Saya mengulangi arahan ini sehingga dahi, hidung, dagu, kening dan bahagian muka mereka dipalit dengan kotoran yang melekat di bahagian bawah piring. Selepas itu, Alim meletakkan cermin ke dalam tangan mereka. Saya meminta mereka meletakkan cermin di depan muka.

“Sebelum membuka mata, tunggu sehingga Alim menyalakan pelita. Selepas itu, lihatlah cermin. Ada hantu tak?” kata saya sambil itu Alim menyalakan pelita.

“Hantu! Hantu! Mak, tolong Raju! Ada hantu depan mata ni,” jerit Raju apabila menatap cermin. Cermin itu dijatuhkan ke lantai lalu Raju memeluk Ah Seng di sebelahnya. Apabila Ah Seng berpaling, Raju menjadi lebih terkejut. Di tepinya tadi, rupanya bukan kawannya tetapi hantu.

Saya dan Alim ketawa terbahak-bahak melihat Raju yang ketakutan.

“Apa yang kau orang ketawakan ni? Betul ada hantu tau!” Ah Meng terjerit sambil kakinya pantas berdiri melangkah belakang. “Kalau tak percaya, tengok si Ah Seng ni. Abang saya hilang ke mana? Mengapa muncul hantu hitam pula?”

Alim tidak dapat menahan diri lalu terguling di lantai dengan tawanya. Saya memegang perut sambil menahan tawa.

Apabila Raju, Ah Seng dan Ah Meng terpandang jari jemari mereka, mereka turut tertawa. Rupanya, mereka terperdaya. Sekarang baru mereka sedar bahawa rupa-rupanya bahagian belakang piring yang disalai lilin meninggalkan debu hitam.

Malam itu, saya dan rakan-rakan tertawa dengan hati yang riang. Kami tidak tidur kerana tidak tahan ketawa. Oleh kerana itu, semua durian gugur telah dapat kami kutip dan kumpulkan untuk dijual. Apabila terkenang peristiwa itu, saya sering tersenyum.

Hasil Karya Gina Yap Lai Yoong ©2001

Be Sociable, Share!

Leave a comment!

I would like to hear your feedbacks and opinions on this topic too. Feel free to leave a comment and share your mind. You can also leave a trackback from your site or subscribe to these comments via RSS.

No spam and controversy comments, please. Thanks!

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.