Peristiwa Monyet
Malam itu, hujan turun dengan lebatnya. Kilat sabung-menyabung memecah langit ditemani dengan tiupan angin yang kencang. Aku sedang mengulang kaji pelajaran.
Sedang aku mengulang kaji untuk peperiksaan esok, kedengaran ayah baru pulang dari pejabat pada malam-malam buta ini. Memanglah ayah rajin kerana keluarga kami muskin. Setelah ditegur ayah, aku pun mengambil keputusan untuk tidur.
Entah kenapa aku tidak dapat melelapkan mataku. Walaupun hujan sudah renyai-renyai, angin masih jencang. Sekali-kala aku terbayang atap rumah ditiup angin. Biasalah, rumah yang kecil dan usang kerana hidup melarat ibarat engkap-engkap bagai rumput di tengah jalan.
Tiba-tiba, kedengaran sesuatu bunyi yang sungguh kuat. Aku ingat atap rumahku benar-benar ditiup angin tetapi lama-kelamaan aku sedar bahawa bunyi itu cuma bunyi kereta dihidupkan. Kemudian, diikuti bunyi yang lebih kuat. Aku meluru ke tingkap bilikku. Kelihatan kereta ayahku dipandu oleh sekawan monyet. Kereta itu terlanggar pagar rumahku.
“Alamak, aku tertinggal kunci keretaku di dalam kereta,” kata ayah sambil menuju ke keretanya. Oleh sebab monyet-monyet itu semakin mengganas, ayahku mengambil keputusan untuk menghubungi pihak yang berkenaan. Setelah monyet-monyet itu dihalau, aku kembali ke bilikku. Aku ingin tidur kerana esok hari peperiskaan. Ayahku akan menyelesaikan masalah itu.
Hasil karya Gina Yap Lai Yoong © 2002
Popularity: 1% [?]
Related posts:






