Teman Wanita Sementara
Dialah yang kau hubungi apabila kau bosan,
Kerana dia akan membuat kau ketawa.
Dialah yang kau akan berbicara dengan,
Kerana dia sentiasa akan sudi mendengar.
Dia bukan sebahagian daripada geng lelaki,
Bukan seorang tomboi, juga bukan seorang budak.
Tidak terlintas di fikiran kau yang dia seorang wanita,
Kerana dia berbeza sekali berbandingkan mereka.
Segala yang lelaki minati, digemarinya juga.
Bertambah mudah untuk ketawa bersama.
Apabila sunyi melanda tika kau tak berpunya,
Dia menjadi teman yang sempurna.
Dialah yang kau habiskan masa bersama,
Sementara bertukar teman mencari yang satu.
Dialah yang sudi menjadi sahabat setia,
Kerana masing-masing tahu,
Dia hanya sahabat wanita sementara.
Hasil karya Gina Yap Lai Yoong © 2009
Kadang-kadang kita terlalu asyik mencari kekasih yang sempurna seperti yang diidamkan selama ini sehingga terkabur mata untuk menyedari bahawa yang tercari-cari sebenarnya sudah berada di sisi. Hargailah insan yang sentiasa menemani di sisi dan sedarilah yang cinta mampu berputik dari satu persahabatan yang telus.
Popularity: 1% [?]
Related posts:








Akan tetapi, kebarangkalian tercedera parah amatlah tinggi..
Bukankah itu kuasa cinta? Kalau nak cinta, mesti berani pasrah.